Awi……. My Life

Apa cara sekalipun…

Archive for the category “Al – Fatihah”

Al-Fatihah… 2 remaja lelaki kemalangan motorsikal >.<

LENGGENG: “Luluh hati melihat mayat anak terperosok di bawah kereta,” kata Fatimah Mohamad, 38, ibu mangsa kemalangan maut di Kampung Machang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Klana Putra, dekat sini, Abdul Azim Abdul Rahmat, 16, dan rakannya, Zafeer Irfan Ahmad Shukri, 13, maut selepas motosikal mereka dipercayai terbabas dan bertembung sebuah kereta di satu selekoh. Abdul Azim mati di tempat kejadian, manakala Zafeer Irfan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) beberapa jam selepas kejadian.
Fatimah berkata, dia menerima berita itu 20 minit selepas kejadian daripada jiran yang memberitahu anak lelaki sulungnya terbabit kemalangan.

 

Sementara itu, ibu Zafeer Irfan, Yanti Ariani Aminudin, 40, berkata dia mengajak anaknya itu ke pasar malam jam 8 malam, tetapi dia menolak kerana mahu keluar dengan kawan.
“Tidak lama kemudian saya menerima berita dia terbabit kemalangan dan dirawat di HTJS,” katanya.
Menurutnya, sebaik tiba di hospital, dia terkejut melihat anaknya dalam keadaan nazak dan beberapa jam kemudian meninggal dunia.

Jurucakap polis berkata, Abdul Azim yang menunggang motosikal Honda Wave dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas setibanya di satu selekoh.
“Motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan dan bertembung kereta dinaiki satu keluarga,” katanya.

 

sumber – metro

Advertisements

Al-Fatihah… Remaja perempuan maut digilis lori >.<

GOMBAK – Kegembiraan seorang remaja perempuan diterima bekerja selepas berjaya dalam satu temu duga di sebuah kilang di Ampang, di sini bertukar tragedi apabila maut dalam nahas ngeri, petang kelmarin.

Mangsa, Armiyati Ajis, 25, yang membonceng motosikal bersama bapanya maut digilis treler di kilometer 9 Lebuhraya Bertingkat MMR2, di sini,

Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang sepatutnya memulakan kerja hari ini, baru sahaja pulang dari sesi temu duga dan berhasrat membawa berita gembira itu kepada keluarganya.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa dan bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Tanjong Karang, Kuala Selangor.

Menurutnya, dalam perjalanan dari arah Batu Caves menghala ke sebuah bulatan, motosikal ditunggangi bapa mangsa berusia 53 tahun bergesel dengan sebuah treler di laluan kanan jalan.

“Pergeseran itu menyebabkan mangsa dan bapanya tercampak ke atas jalan, akibat tidak sempat memberhentikan kenderaan, treler yang sama menggilis sebahagian tubuh mangsa.

“Mangsa mati di tempat kejadian, sementara bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih terkejut dengan kejadian itu,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian badan dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah… Mangsa lemas lagi >.<

PASIR GUDANG – Hasrat seorang juruteknik, Mohammed Asyraff Amir Khan, 22, menjaring ketam bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia ditemui maut akibat lemas di perairan Selat Johor berhampiran janakuasa Sultan Iskandar, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Mohd Salleh Mohamed berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh anggotanya kira-kira jam 7.20 malam, empat kilometer dari tempat mangsa dilaporkan tergelincir.

“Seramai 27 anggota bersama empat bot dari balai bomba dan penyelamat Pasir Gudang, Kota Tinggi, Johor Jaya, Johor Bahru dan bahagian operasi negeri terlibat dalam operasi menyelamat yang diketuai oleh Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Hamid Suari.

“Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sejak semalam (kelmarin) turut mendapat kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak polis,” katanya.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Mohammed Azmi Amir Khan, 31, berkata, adiknya sempat menjamu selera berdua bersama ibunya sebelum keluar menjaring ketam kira-kira jam 6.30 petang hari berkenaan.

“Biasanya kami tiga beradik yang tinggal bersama ibu berkumpul untuk makan malam bersama, tetapi pada hari kejadian buat pertama kali dia hanya berdua terlebih dahulu makan bersama ibu.

“Dia anak bongsu bukan sahaja manja dengan kami, tetapi mengikut jejak arwah ayah yang gemar memancing ikan, menangkap ayam hutan dan burung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, rakan adiknya yang terselamat, Mohd Shafiq Abd Rahim, 20-an, sewaktu menceritakan semula kejadian berkata, Mohammed Asyraff dihanyutkan ombak kerana tidak pandai berenang.

Mohd Shafiq pula sempat menyelamatkan diri berenang ke tepi pantai sebelum meminta pertolongan pihak berkuasa.

Mohammed Azmi berkata, dia tidak sangka hobi Mohammed Asyraff yang gemar memancing dan menjaring ketam bertukar tragedi kerana sejak kecil dia sering mengikut arwah ayah mereka melakukan aktiviti itu.

“Pada pagi hari kejadian saya tidak sempat berjumpanya kerana sebaik saya bangun daripada tidur, dia sudah ke tempat kerja dan terkejut menerima panggilan daripada ibu mengatakan dia lemas,” katanya.

Al- Fatihah… Mangsa lemas bapa tiri serta 2 beradik >.<

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Hasryzam yang ditemui lemas ketika mandi manda di Pantai Cherating, Kuantan semalam.

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Hasryzam yang ditemui lemas ketika mandi manda di Pantai Cherating, Kuantan semalam.

 

KUANTAN – Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak yang dilanda ombak kuat nyata meleset apabila seorang anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang.

Kejadian di antara pukul 4.45 dan 6.50 petang kelmarin menyebabkan Lans Korporal Mohd. Asri Kamis, 28, yang bertugas di bahagian pentadbiran Balai Polis Mentakab, Temerloh, dan anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, mati.

Mayat Mohd. Asri ditemui berhampiran kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3.10 petang semalam di muara Sungai Baging kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Adik Muhammad Hasryzam, Muhammad Hairulnizam, 13, yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemui.

Isteri mangsa, Norsharulizam Osman, 32, berkata, mereka ke situ selepas ajakan anak sulungnya untuk mandi di Teluk Chempedak ditolak oleh suaminya atas alasan pantai itu bahaya.

Katanya, suaminya kemudian mencadangkan mereka ke Pantai Cherating kerana ia lebih selamat.

“Sebaik sampai, kedua-dua anak saya terus mandi dan berenang jauh dari pantai. Saya risau sebelum meminta suami pergi mendapatkan mereka.

“Namun, selepas menunggu lama, suami dan anak-anak saya masih belum kembali sebelum saya membawa dua anak perempuan saya, Siti Nurafzani Hasri, 11, dan Nurul Nabila Natasya Mohd. Asri, 6, ke bilik mandi. Kami seterusnya menunggu mereka berhampiran kereta pada pukul 5.30 petang,” ceritanya.

Muhammad Hairulnizam (kiri) dan Muhammad Hasryzam.

Muhammad Hairulnizam (kiri) dan Muhammad Hasryzam.

Post Navigation