Awi……. My Life

Apa cara sekalipun…

Archive for the category “Fakta Menarik”

Elakkan bermain permainan judi komputer!!…. >.<

KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.

“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.

Aneh…. Sejadah sujud >.<

PAYA PASIR – “Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”.

Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.

“Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.

“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.

Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yang berlaku di dalam surau berusia 69 tahun itu disifatkan sebagai bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal.

“Pelajar perempuan yang saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad kerana mereka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib.
“Jumlah sejadah juga banyak. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sebagai satu daripada bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam,” katanya.

Aneh… Jantung pisang tumbuh tanpa daun >.<

 

YAN BESAR – Walaupun batangnya dicantas, namun sebatang pokok pisang di Kampung Teluk Mat Acheh di sini masih mengeluarkan jantung pisang sekali gus membuatkan pemiliknya terkejut kerana tidak menduga kewujudan jantung pisang berkenaan.

Seorang pekerja am, Hashim Awang, 39, berkata, dia berpengalaman selama 15 tahun menanam pokok pisang di sekitar rumahnya namun tidak pernah mengalami perkara sedemikian.

Menurutnya, pokok itu ditanam kira-kira tiga tahun lalu dan lebih sepuluh kali berbuah sebelum dicantas di bahagian tengah batang pokok pisang itu olehnya sebulan lalu.

“Sebelum itu, bahagian atas pokok pisang terbabit terkulai hampir menyembah bumi dan kerana itulah saya mencantas bahagian itu dengan harapan pokok pisang itu akan ditumbuhi daunnya semula.

“Saya biarkan begitu sahaja selepas mencantasnya sejak sebulan lalu. Namun terkejut apabila pada Khamis lepas, saya lihat pokok pisang itu jantungnya tumbuh tanpa mengeluarkan daun seperti kelazimannya,” katanya.

Hashim berkata, dia menganggap ia sebagai satu bukti kekuasaan ALLAH SWT dan diharap memberikan rahmat kepadanya sempena Maulidur Rasul yang disambut umat Islam 5 Februari lalu.

Sementara itu, isterinya, Noraskin Lat, 40, berkata, mereka akan terus memelihara pokok pisang itu bagi memantau perkembangannya terutama untuk mengetahui sama ada buahnya tumbuh atau tidak.

“Kami selalu menanam pokok pisang di kawasan sekitar rumah namun kebanyakannya mati akibat faktor tanah di sini yang kurang sesuai.

“Kami tidak sangka pula pokok pisang yang telah dicantas ini boleh hidup dan mengeluarkan jantungnya,” katanya.

Bagaimana bank buat duit? >.<

 

Debt Slave

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.

Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.

Peringkat 1: Wang permulaan “$0″

Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000 . Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?

Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?

Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.
Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.

Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.

Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara


Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.

Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda

Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagairizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?

Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).

It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.
.Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin


Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.

Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”


Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.

Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin


Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.
Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.

Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!

Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.

Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?

Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.

Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.

Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?

Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasionalkerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?

Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?

Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutangRM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billiondengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?

…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…

Apabila mak nyah jadi pramugari !!! >.<

 

EMPAT mak nyah yang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air ialah Chayathisa Nakmai (kiri), Dissanai Chitpraphachin (dua dari kiri), Nathatai Sukkaset dan Phuntakarn Sringern (kanan). – Reuters

BANGKOK – Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.

Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.

Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.

Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. – Reuters

 

Saper nak naik…. mari-mari

Huhu… sori nyah, tak rela ii…

K-Pop fever >.<

GELOMBANG kegilaan remaja Malaysia terhadap pelakon dan penyanyi Korea semakin memuncak sehingga mencetuskan fenomena khususnya di kalangan remaja perempuan.

Fenomena Korea bermula beberapa tahun lalu dengan pengaruh besar drama Korea,Winter Sonata yang mengisahkan pengorbanan dan cinta sejati lakonan hebat Kang Joon-sang (Bae Yong Joon) dan Jung Yu-jin (Choi Ji Woo).

Drama itu membuatkan ramai suri rumah dan wanita khususnya, sanggup meninggalkan tugas lain semata-mata untuk duduk di depan televisyen untuk menontonnya.

Bukan setakat menonton, malah menjiwai dan menangis meratapi nasib watak dalam drama tersebut.

Selepas itu pula, tercetus kegilaan anak-anak muda kepada lagu-lagu pop Korea atau disebut K-Pop.

Daripada ‘kewajipan’ menyaksikan konsert dan membeli cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), baju atau cendera mata sehinggalah menghafal lirik lagu-lagu popular mereka.

Tidak cukup dengan itu, bagi yang memiliki telefon bimbit, wang belanja sekolah habis atau sebahagian gaji bulanan digunakan untuk menambah nilai kad prabayar. Ia semata-mata bagi membolehkan mereka memuat turun nada dering atau wallpaper dan gambar-gambar artis Korea.

Menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, mereka mewujudkan kumpulan atau rangkaian peminat artis Korea dan K-Pop.

Ruang status mereka dalam Facebook misalnya, dipenuhi gambar-gambar artis Korea selain lagu-lagu popular K-Pop yang dikongsikan daripada web Youtube.

Selain peminat K-Pop di Malaysia menyerbu kedai-kedai muzik, mereka juga mencari CD dan DVD secara online.

Begitulah kuatnya penangan artis-artis Korea ini. Kenapa mereka sanggup berhabis wang semata-mata untuk tanda sanjungan kepada artis Korea?

Tapi jangan tak tahu pulak, sekarang orang-orang Malaysia juga banyak nak meniru konsep K-Pop dalam lagu dan persembahan mereka.. Didalam corong-corong radio juga selalu mendendangkan lagu-lagu ini untuk tatapan rakyat Malaysia… Agak-agaknya bagaimana rupa rakyat Malaysia sekiranya mereka meniru aksi dan gaya orang-orang Korea nie yekk…?? Yang nie salah satu group seakan-akan K-Pop yang berada di Malaysia dan perbezaan nya dengan yang Korea punyer… korang nilai lah sendiri >.<

 

Tiada pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA >.<

Seperti yang kita ketahui, KLIA adalah salah satu lapangan terbang antarabangsa yang tercanggih didunia. Ia juga dikatakan agak unik kerana ia menggunakan 3 bahasa untuk menyatakan sesuatu pengumuman. Bahasa yang digunakan buat masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin. Tetapi mana perginya bahasa Tamil yang mana bahasa yang digunakan untuk masyarakat ketiga terbesar di Malaysia.?

Kementerian Pengangkutan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kementerian itu mendapati tidak ada keperluan untuk membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang yang datang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.
“Selain Tamil, penumpang dari India turut bertutur dalam bahasa Hindi, Urdu, Malayalam, Telugu dan lain-lain lagi,” katanya pada sesi soal jawab persidangan itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Abdul Rahim berkata, kebanyakan penumpang dari India juga adalah fasih dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua terpenting di negara berkenaan dan buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.
Pengumuman dalam bahasa Arab dan bahasa Jepun pula dibuat mengikut musim tertentu sahaja, katanya.

Agak-agaknya la… kalau semua bahasa nak digunakan ketika pengumuman, berapa masa yang nak diambil yer… Jenuh la orang yang dok buat pengumuman tu tiap-tiap hari…. Bukannya sekali je flight tu… Banyak flight kat KLIA…

Korea Selatan semakin pantas berubah >.<

 

 

 

Sewaktu perang korea 1950

Dahulunya sebuah negara yang termiskin di Asia Selatan yang hanya bergantung pada hasil pertanian dan perikanan semata-mata.  Ditambah lagi kesengsaraan mereka apabila berhadapan dengan perang yang teruk setelah Jepun keluar dari tanah jajahannya. Ia berhadapan dengan pihak komunis yang bernaung di bahagian utara semenanjung Korea.

 

Setelah 4 dekad berlalu Korea Selatan berubah wajah daripada negara termiskin kepada negara terkaya didunia dengan ekonomi yang meningkat berkali ganda. Pendapatan perkapita sebelum 1970 adalah $100 berbanding dengan sekarang yang jauh lebih tinggi $25000 . Bukan sahaja pendapatan ekonomi sahaja meningkat tetapi negaranya juga tercatat sebagai negara yang mengalami pertubuhan penduduk terbesar di Asia.

 

 

Post Navigation