Awi……. My Life

Apa cara sekalipun…

Aneh… Jantung pisang tumbuh tanpa daun >.<

 

YAN BESAR – Walaupun batangnya dicantas, namun sebatang pokok pisang di Kampung Teluk Mat Acheh di sini masih mengeluarkan jantung pisang sekali gus membuatkan pemiliknya terkejut kerana tidak menduga kewujudan jantung pisang berkenaan.

Seorang pekerja am, Hashim Awang, 39, berkata, dia berpengalaman selama 15 tahun menanam pokok pisang di sekitar rumahnya namun tidak pernah mengalami perkara sedemikian.

Menurutnya, pokok itu ditanam kira-kira tiga tahun lalu dan lebih sepuluh kali berbuah sebelum dicantas di bahagian tengah batang pokok pisang itu olehnya sebulan lalu.

“Sebelum itu, bahagian atas pokok pisang terbabit terkulai hampir menyembah bumi dan kerana itulah saya mencantas bahagian itu dengan harapan pokok pisang itu akan ditumbuhi daunnya semula.

“Saya biarkan begitu sahaja selepas mencantasnya sejak sebulan lalu. Namun terkejut apabila pada Khamis lepas, saya lihat pokok pisang itu jantungnya tumbuh tanpa mengeluarkan daun seperti kelazimannya,” katanya.

Hashim berkata, dia menganggap ia sebagai satu bukti kekuasaan ALLAH SWT dan diharap memberikan rahmat kepadanya sempena Maulidur Rasul yang disambut umat Islam 5 Februari lalu.

Sementara itu, isterinya, Noraskin Lat, 40, berkata, mereka akan terus memelihara pokok pisang itu bagi memantau perkembangannya terutama untuk mengetahui sama ada buahnya tumbuh atau tidak.

“Kami selalu menanam pokok pisang di kawasan sekitar rumah namun kebanyakannya mati akibat faktor tanah di sini yang kurang sesuai.

“Kami tidak sangka pula pokok pisang yang telah dicantas ini boleh hidup dan mengeluarkan jantungnya,” katanya.

Al- Fatihah… Mangsa lemas bapa tiri serta 2 beradik >.<

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Hasryzam yang ditemui lemas ketika mandi manda di Pantai Cherating, Kuantan semalam.

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Hasryzam yang ditemui lemas ketika mandi manda di Pantai Cherating, Kuantan semalam.

 

KUANTAN – Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak yang dilanda ombak kuat nyata meleset apabila seorang anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang.

Kejadian di antara pukul 4.45 dan 6.50 petang kelmarin menyebabkan Lans Korporal Mohd. Asri Kamis, 28, yang bertugas di bahagian pentadbiran Balai Polis Mentakab, Temerloh, dan anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, mati.

Mayat Mohd. Asri ditemui berhampiran kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3.10 petang semalam di muara Sungai Baging kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Adik Muhammad Hasryzam, Muhammad Hairulnizam, 13, yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemui.

Isteri mangsa, Norsharulizam Osman, 32, berkata, mereka ke situ selepas ajakan anak sulungnya untuk mandi di Teluk Chempedak ditolak oleh suaminya atas alasan pantai itu bahaya.

Katanya, suaminya kemudian mencadangkan mereka ke Pantai Cherating kerana ia lebih selamat.

“Sebaik sampai, kedua-dua anak saya terus mandi dan berenang jauh dari pantai. Saya risau sebelum meminta suami pergi mendapatkan mereka.

“Namun, selepas menunggu lama, suami dan anak-anak saya masih belum kembali sebelum saya membawa dua anak perempuan saya, Siti Nurafzani Hasri, 11, dan Nurul Nabila Natasya Mohd. Asri, 6, ke bilik mandi. Kami seterusnya menunggu mereka berhampiran kereta pada pukul 5.30 petang,” ceritanya.

Muhammad Hairulnizam (kiri) dan Muhammad Hasryzam.

Muhammad Hairulnizam (kiri) dan Muhammad Hasryzam.

Silap potong!

JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.

Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.
“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.

 

“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.
Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.

Sumber : Metro

 

Uihhh… seram nyer… nasib baek aku dah sunat hu3…

Bagaimana bank buat duit? >.<

 

Debt Slave

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.

Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.

Peringkat 1: Wang permulaan “$0″

Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000 . Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?

Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?

Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.
Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.

Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.

Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara


Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.

Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda

Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagairizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?

Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).

It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.
.Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin


Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.

Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”


Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.

Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin


Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.
Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.

Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!

Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.

Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?

Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.

Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.

Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?

Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasionalkerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?

Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?

Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutangRM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billiondengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?

…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…

Penafian produk burger Ramly >.<

IPOH: Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA b**i berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA b**i.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.

Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.

Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100 peratus kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik berat soal hukum halal haram.

Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama, katanya. Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.

Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.

Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.

Jabatan Kesihatan Kedah ketika diminta membuat penjelasan perkara itu mengesahkan ada mengambil sampel terhadap produk franfurter lembu jenama Ramly untuk dianalisis.

Pengarahnya, Dr Ismail Abu Taat berkata, syarikat pengeluar yang didapati melanggar peraturan akan diminta menghentikan penjualan buat sementara.

Wanita paling kecil di dunia! >.<

SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.

 

INDIA: Si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam, sudah berjaya memenuhi impian besarnya – menjadi wanita terkecil, di dunia.

Remaja setinggi 59.7 sentimeter dan mempunyai berat badan lima kilogram ini, berjaya merampas ?takhta? itu daripada seorang wanita Amerika Syarikat, Brigette Jordan yang mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.

Dengan gembira, Iyoti berkata, ?Sudah menjadi impian saya sejak beberapa tahun untuk dikenali sebagai wanita terkecil dunia. Sekarang saya tidak perlu menunggu lama lagi!?
Semalam, wakil dari Rekod Dunia Guinness mengukur beliau dan secara rasmi isytiharkannya sebagai wanita paling kecil di dunia.

Dia menyambut hari jadinya dengan sebuah kek yang hampir sama besar dengan tubuhnya.

Iyoti dari Nagpur India, mengalami penyakit kerdil dinamakan ?achondroplasia? yang menyekat pertumbuhan sejak usianya satu tahun.

IYOTI bintang baru di Bollywood.

Masalah pertumbuhan menyebabkan tulangnya rapuh dan menyebabkan dia memerlukan penjagaan untuk seumur hidupnya.

Tetapi, Iyoti yang juga seorang pelakon baru tidak akan membiarkan masalah kesihatannya menghalang dia daripada berlakon dalam dua filem Bollywood tahun depan.

Katanya, ?Saya mahu buatkan orang gembira.?

Dia mahu dilayan seperti gadis remaja lain.

Dia gemar bersolek dan keluar membeli belah bersama rakan-rakannya.

Apabila mak nyah jadi pramugari !!! >.<

 

EMPAT mak nyah yang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air ialah Chayathisa Nakmai (kiri), Dissanai Chitpraphachin (dua dari kiri), Nathatai Sukkaset dan Phuntakarn Sringern (kanan). – Reuters

BANGKOK – Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.

Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.

Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.

Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. – Reuters

 

Saper nak naik…. mari-mari

Huhu… sori nyah, tak rela ii…

Siamang menyerang kanak-kanak di Zoo Melaka – video! >.<

MELAKA – Keseronokan dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin.

Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.

Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.

Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan.

“Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.

“Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq.

Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

K-Pop fever >.<

GELOMBANG kegilaan remaja Malaysia terhadap pelakon dan penyanyi Korea semakin memuncak sehingga mencetuskan fenomena khususnya di kalangan remaja perempuan.

Fenomena Korea bermula beberapa tahun lalu dengan pengaruh besar drama Korea,Winter Sonata yang mengisahkan pengorbanan dan cinta sejati lakonan hebat Kang Joon-sang (Bae Yong Joon) dan Jung Yu-jin (Choi Ji Woo).

Drama itu membuatkan ramai suri rumah dan wanita khususnya, sanggup meninggalkan tugas lain semata-mata untuk duduk di depan televisyen untuk menontonnya.

Bukan setakat menonton, malah menjiwai dan menangis meratapi nasib watak dalam drama tersebut.

Selepas itu pula, tercetus kegilaan anak-anak muda kepada lagu-lagu pop Korea atau disebut K-Pop.

Daripada ‘kewajipan’ menyaksikan konsert dan membeli cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), baju atau cendera mata sehinggalah menghafal lirik lagu-lagu popular mereka.

Tidak cukup dengan itu, bagi yang memiliki telefon bimbit, wang belanja sekolah habis atau sebahagian gaji bulanan digunakan untuk menambah nilai kad prabayar. Ia semata-mata bagi membolehkan mereka memuat turun nada dering atau wallpaper dan gambar-gambar artis Korea.

Menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, mereka mewujudkan kumpulan atau rangkaian peminat artis Korea dan K-Pop.

Ruang status mereka dalam Facebook misalnya, dipenuhi gambar-gambar artis Korea selain lagu-lagu popular K-Pop yang dikongsikan daripada web Youtube.

Selain peminat K-Pop di Malaysia menyerbu kedai-kedai muzik, mereka juga mencari CD dan DVD secara online.

Begitulah kuatnya penangan artis-artis Korea ini. Kenapa mereka sanggup berhabis wang semata-mata untuk tanda sanjungan kepada artis Korea?

Tapi jangan tak tahu pulak, sekarang orang-orang Malaysia juga banyak nak meniru konsep K-Pop dalam lagu dan persembahan mereka.. Didalam corong-corong radio juga selalu mendendangkan lagu-lagu ini untuk tatapan rakyat Malaysia… Agak-agaknya bagaimana rupa rakyat Malaysia sekiranya mereka meniru aksi dan gaya orang-orang Korea nie yekk…?? Yang nie salah satu group seakan-akan K-Pop yang berada di Malaysia dan perbezaan nya dengan yang Korea punyer… korang nilai lah sendiri >.<

 

Jiwang gilerrr~~~ >.<

 

Jiwang betui… mamat mane lar yang berani giler bwat kain rentang kat flyover yang sesak tue…

Tempat nye tak tau lah kat mane, yang pasti area lembah klang…

Dah musim cuti sekolah nie… cepat2 ler kahwin… xder la maksiat banyak berlaku…

Ape2 pun sesaper yang kahwin pada waktu ini, blog “Perubahan Reformasi” mahu mengucapkan selamat pengantin baru..

Saya memohon maaf sekiranya ade jemputan yang tidak dapat saya hadiri, mungkin dah xder luck nak jumpe kan…

Ape2 pun “Selamat Pengantin Baru”… >.<

Post Navigation